<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1469126537467039026?origin\x3dhttp://farah-dayana.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Farah Dayana.
Diri Saya



Farah Dayana.

Saya berumur Empat Belas tahun pada 16 Mac tahun ini. Saya menimba ilmu di Sekolah Menengah Northbrooks.

Komen lah !


Lagu-lagu


MusicPlaylistRingtones
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com


Pautan

Wanie.
Ni5a.
Azaa.
Siti
Faiez

Masa-masa lalu


Kredit-Kredit

orangeeeeyy Missyan

2/09/10




PERKAHWINAN
Adat resam perkahwinan diambil berat kerana ia amat penting bagi budaya melayu. Masyarakat Melayu menganggapnya penting kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan dengan itu ia dititikberatkan. Aspek-aspek adat perkahwinan adalah merisik, meminang, bertunang, hantaran serta majlis bersanding. Majlis bersanding seharusnya diadakan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Merisik , juga dipanggil meninjau atau menengok bertujuan untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu belum berpunya dan untuk menyelidik latar belakang gadis tersebut berkaitan hal ehwal rumah tangga seperti sopan santun, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya. Merisik amat penting kerana dalam Islam, kita diharamkan untuk meminang tunangan orang. Ia lazimnya dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Pihak perempuan pula, ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum menerima lamaran lelaki tersebut. Antaranya ialah latar belakang agama si lelaki dan mempunyai pekerjaan yang baik. Kadang-kadang, sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan akan diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Jika lamaran diterima, tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Namun, kini adat merisik jarang dijalankan lagi dan mereka akan terus menjalankan adat meminang kerana lelaki dan perempuan tersebut sudah berkenalan terlebih dahulu. Lagi pula, ia menjimatkan kos dan masa.


rained @ 10:51 PTG




SILAT ~
Seni silat telah wujud berkurun lamanya. Ia bertujuan untuk mempertahankan diri. Seni ini dikenali di seluruh dunia terutamanya di Brunei, Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand. Pesilat adalah orang yang mempelajari seni silat ini manakala guru silat adalah orang yang mengajar pesilat itu tentang silat mereka. Guru Utama sesuatu aliran itu adalah orang yang mewarisi aliran tersebut. Sebenarnya, guru silat boleh digelar sebagai Mahaguru, namun mereka beranggapan bahawa perkataan "maha" itu hanya sesuai digunakan untuk Allah. Ini menunjukkan bahawa guru silat biasanya bersifat rendah diri dan
gemar menyembunyikan kebolehan mereka. Pesilat senior yang sudah lama terlibat dan sangat mahir di dalam seni silat ini serta antaranya adalah pewaris sesuatu aliran digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pendekar pula adalah pesilat yangmempunyai tahap silat yang tinggi. Senjata-senjata pesilat adalah keris,badik,kerambit,parang,pedang,lading,Tumbuk Lada,tekpi,tongkat,tembong dan sundang. Ada diantara mereka yang tidak menggunakan senjata hanya menggunakan tangan mereka.




rained @ 9:50 PTG


21/08/10

Dua hari lepas ialah hari jadi nisa dan hari ini 22.8.10 ialah hari jadi ...... JENGJENGJENG !
SITI NORSYAFIQAH BINTI MUHD RASYID !! Nasib baik hari ini bukan hari sekolah kalau tidak senasib lah dengan nisa . Mana tahu kena diri dekat atas meja pulak kan :P . Apapun , Selamat Hari Jadi Yang ke-14 tahun . Selamat hari jadi , Selamat hari jadi , Selamat hari jadi kepada sitiiiiiii . SELAMAT HARI JADI ! WOOO ! Harap harap bertambah comel ya kawanku :DDDDDDDD . muaxmuax !


rained @ 9:27 PG


20/08/10

SELAMAT HARI JADI,
Khairunnisa Binti Rahman(:

Hari ini hari jadi nisa yang ke 14 . Tadi dia harus menyanyi sambil berdiri di ATAS kerusi di dalam kelas bahasa melayu ;D . Kami sebenarnya sudah sepakat untuk membuat nisa lambat ke kelas melayu supaya dia harus menyanyikan sebuah lagu kerana hari ini hari jadinya. Faiez sangat sangat slenger , dia membawa lari bag nisa sampai ke atas. DAN , dalam banyak banyak lagu , lagu "Baby" juga yang nisa nyanyi -.- . Nyanyilah lagu raya ke kan. Ada semangat raya sikit xD .

Bercakap soal raya, saya sudah tidak sabar nak raya. Padahal puasa baru 10 hari tak salah -.- .
Kelas "home econ" tadi sungguh mencabar dan menguji keimanan ! Tekak dah tak sabar nak telan kuih tart tu tadi. FUUUH ! Tak boleh tahan. Nasib baik tak buat makanan western.


Kepada NI5A ,

Kawan baikku ! Selamat hari jadi yang ke 14 ! Moga panjang umur dan moga awak tidak menjadi lebih gila atau terlebih "hyper" seperti tadi. Terloncat-loncat -.- . Walaubagaimanapun, harap hari istimewa awak ni adalah hari yang sangat menggembirakan (: Dan , maafkan kami ya kerana telah membuat awak nyanyi xD . Sayang awak :D



rained @ 8:16 PG


11/08/10

Hari ini ialah hari pertama di dalam bulan ramadan dan saya BERJAYA puasa penuh hari ini , YAY ! (: Harap-harap saya dapat puasa penuh tahun ini , ya ? AMIN !

Tady saya TERmakan gula-gula XD Lepas cikgu dah suraikan kelas saya, saya hairan kenapa kawan-kawan melayu saya yang lain tidak makan gula-gula yang cikgu beri itu? Saya pun buat bodoh dan APA LAGI , makan! Tiba-tiba azra macam orang gila dengan matanya yang terbeliak besar macam mata ady, jerit
:Oh Tuhanku ! Oh Tuhanku ! Awak makan ?(saya terjemahkan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu)
saya : Huh ? Kenapa !
Saya fikir balik ...
saya : OH ! PUASA !!!
Azra muka terkejut manakala saya pula panik tetapi kawan baik kita yang "cool" sangat iaitu Nisa boleh ketawakan saja ? -.-
Azra jerit macam nak suruh seluruh sekolah tahu bahawa saya termakan gula-gula -.-
Nasib baik tak batal puasa .

Saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat-umat islam di luar sana (: . Ingat ! jangan jadi seperti saya, termakan gula-gula -.-

Sambil menyelam
Makan laksa
Kepada semua umat-umat islam
Selamat Berpuasa XD




rained @ 5:19 PG


9/08/10

Hello semua !! (:

Dah lama ya saya tidak memposkan kiriman peribadi saya . Saya berharap saya dapat menuliskan sekurang-kurangnya 3 kiriman pada setiap minggu mulai hari ini .

Jumaat yang lalu , kita meraikan Hari Kebangsaan di sekolah . Tidak , sebenarnya saya tidak berpeluang untuk meraikannya bersama rakan-rakan saya kerana saya tidak dijemput dari rumah untuk ke sekolah ): . SANGAT MENYEDIHKAN )):
Gambar-gambar yang dimuat naikkan di mukabuku membuat saya sangat cemburu .
Namun saya dengan semangatnya tetap ke sekolah, tapi bukan dalam pakaian tradisional kerana saya ke sana juga untuk bertemu rakan-rakan saya sahaja. Sampai sana sahaja sambutan hampir tamat. Saya masih dapat mengambil beberapa gambar dengan teman-teman saya. Semasa sesi mengambil gambar, adalah seorang lelaki dan perempuan yang memakai baju yang warnanya sama. Mereka mengambil gambar bersama-sama :D . Manis sungguh mereka ! Saya SUKA :DDDD .


rained @ 4:00 PG


29/07/10

PERUBATAN MELAYU

Sebelum wujudnya sains, masyarakat pada zaman dahulu menggunakan beberapa jenis perubatan untuk mengubatkan diri mereka ketika mereka sakit atau menghidapi penyakit. Antara jenis-jenis perubatan melayu adalah mandi bunga, minum herba-herba, ubat periuk.

MANDI BUNGA
Mandi Bunga diamalkan oleh budaya melayu. Mandi bunga dipercayai adalah untuk membuang "sial". Sewajarnya, apabila seseorang itu dikatakan terselamat daripada ditimpa malang, dia boleh dilimpahi oleh kekayaan ataupun keuntungan. Masyarakat Melayu mempercayai bahawa jika kita mandi dengan limau purut, ia boleh menghapuskan malang dan kejahatan. Buah ini akan dipotong dan dicampurkan dengan air kosong, kemudiannya disiramkan ke badan untuk sebahagian daripada pembersihan rohani. Pertamanya, isikan air mandian dengan air biasa dan masukkan limau purut ataupun herba-herba lain yang dikehendaki. Akhirnya, taburkan bunga-bunga di dalam air mandian tersebut dengan tangkainya sekali. Kamu juga boleh hanya meletakkan kelopak-kelopak bunga itu di dalam ait mandian. Tetapi, jangan meletakkan bunga-bunga secara langsung di bawah air. Sebaliknya, kamu boleh hanya menaburkan bunga-bunga itu di seluruh air mandian tersebur.



Ubat Periuk

Ubat periuk adalah minuman khas untuk wanita dalam pantang. Ubat ini mempunyai dua khasiat. Khasiat-khasiatnya ialah :
1. Ia boleh menambahkan tenaga dan melancarkan perjalanan darah seorang
wanita yang baru lepas bersalin.
2. Ia boleh menaikkan seri muka dan menghalang muka daripada bernampilan lesu
dan pucat.
Ubat ini harus mengamalkan empat gelas sehari, dua gelas pada sebelah pagi manakala dua lagi gelas pada sebelah petang. Namun, kaedah ubat periuk ini kini telah berubah. Ubat ini boleh didapati di dalam bungkusan ataupun uncang. Anda hanya harus memasakkan air dan menyelupkan uncang tersebut.

Akar Kayu Panti
Akar kayu ini adalah herba yang direbus yang terdiri daripada beberapa jenis akar kayu. Ia boleh didapati dari persekitaran Gunung Panti. Selain akar kayu panti, tongkat ali, penawar hitam dan akar tengkuk biawak juga boleh dibuat daripada herba-herba. Akar kayu panti ini boleh menjaga kesihatan secara menyeluruh. Ia juga boleh menyembuhkan penyakit seperti buasir, batu karang peringkat awal, ulser, gastrik, buah pinggan peringkat awal, migran, kencing manis dan sebagainya. Herba ini telah mendapat sambutan yang baik dan ramai pengguna telah memperkukuhkan bahawa akar kayu panti ini memang berkesan. Cara untuk membuat akar kayu ini adalah merebuskan ia hingga mendidih dan diminum setengah cawan sebanyak tiga kali sehari.






rained @ 5:48 PG


27/07/10


REBANA

Rebana ialah sejenis alat muzik yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu di negeri Pahang. Rebana sering dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu budaya
seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Rebana mempunyai saiz yang sederhana dan juga yang besar. Rebana yang bersaiz besar sering dimainkan ketika perayaan. Rebana bersaiz besar ini dipanggil rebana ubi. ia dimainkan bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama.

Rebana ubi juga dikategorikan sebagai gendang. Cara untuk memainkan alat muzik ini adalah dengan memukulnya dengan pemalu. Rebana ubi ini agak-agak satu meter tinggi dan tujuh puluh cm panjang. Ia boleh digantung melintang ataupun diletakkan di atas lantai bergantung kepada saiznya. Pada masa dahulu, ia digunakan untuk berkomunikasi
dari jarak jauh. Ia akan diletakkan di atas bukit dan dimainkan. Rentaknya bergantung kepada berita yang hendak disampaikan seperti pengumuman majlis pernikahan atapun amaran bahaya. Bermakna, jika bencana akan menimpa tempat itu, penduduk kampung di sana akan memainkan rebana ubi ini mengikut rentak bagi amaran bahaya. Kini, ia hanya digunakan untuk upacara-upacara ataupun persembahan.


rained @ 12:37 PG


25/07/10

Pantun :

Wahai te
man,
Kau selalu berada di sisiku saatku memerlukan,
Juga di saatku senang,
Kau akan selalu ku kenang.

Ada orang yang saya hutang budi,
Kerana dia banyak menolong saya,
Seorang yang baik hati,
Iaitu Cikgu Jariah.

-Terima Kasih-


rained @ 11:23 PG




GASING

Sejak dahulu lagi, gasing merupakan permainan tradisional orang-orang melayu dimana ia boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik. Ia biasanya dimainkan selepas musim menuai. Selain itu, permainan gasing juga dipertandingkan antara kampung. Jika tempoh masa gasing seseorang itu berputar lama, maka dia dianggap sebagai pemenang.

Gasing diperbuat oleh kayu-kayu seperti kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu-kayu ini akan dibentukkan menjadi gasing dengan menakik dan mengikis. Dulu, kulit pokok bebaru digunakan untuk membuat tali gasing namun, sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tangan seseorang yang sering menentukan panjang tali gasing dengan kebiasaanya 1 meter panjang. Manakala, minyak kelapa pula digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Cara melilit tali mempunyai dua cara iaitu melilit di lengan ataupun jari kelingking. Tali ini harus kemas dan tidak terlalu panjang agar ia dapat menghasilkan pusingan gasing yang baik. Dengan itu, cara-cara ini sangat penting untuk permulaan permainan. Cara pertama ialah dengan melilitkan pergelangan tali ke dalam lengan kanan ataupun kiri pemain manakala hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Dengan cara ini, ia memudahkan pemain kerana ia tidak mudah terurai dan pusingan tali bergantung kepada tangan manakah tali itu dililitkan. Pusingan lilitan pula bergantung kepada keselesaan pemain dengan lilitan tali tersebut. Melilit gasing juga mempunyai dua cara iaitu melilit pada lengan kemudian di sekeliling gasing dan juga dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi rapi supaya gasing boleh pusing dengan lama. Selain itu, untuk memusingkan gasing pula terdapar berbagai-bagai gaya. Namun, dua cara yang selalu digunakan ialah pusingan sorong tarik dimana gasing harus dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang, manakala pusingan sentap pula, pemain harus memegang gasing di dalam kedudukan yang tegak dengan tangan sekurang-kurangnya tiga puluh darjah dari paras lengan dimana kepala gasing harus menghala ke atas dan diangkat tinggi. Sebelum dilepaskan, hayunkan gasing yang di dalam kedudukan yang tegak ke arah tempat gasing itu memusing. Ini adalah cara-cara untuk memulakan sesuatu permainan.

Terima Kasih (:




rained @ 9:38 PG


24/07/10


CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang berasal daripada Afrika atau Arab yang harus menggunakan pengiraan. Nama "congkak" berasal daripada perkataan bahasa melayu iaitu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Congkak sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Pada zaman dahulu, congkak dimainkan dengan mengorek lubang di tanah namun pada masa kini, permainan ini menggunakan papan kayu yang mempunyai 7 lubang kecil sebaris yang dikenali sebagai "kampung" manakala di kedua-dua hujung papan kayu itu terdapat lubang besar atau lubang ibu yang dikenali sebagai "rumah". Biji getah atau guli pula digunakan sebagai buah congkak. Papan congkak yang 80 cm panjang dan 18cm lebar itu berbentuk sampan yang boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu.

Permainan ini hanya memerlukan dua orang pemain dimana kedua-dua pemain ini harus duduk menghadap antara satu sama lain. 7 biji guli atau biji getah harus diisikan di dalam setiap "kampung". Kedua-dua pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka harus mengambil semua buah yang terdapat dimana-mana kampung kepunyaan pemain dan memasukkan satu demi satu buah ke dalam lubang dengan mengikut arah jam. Pergerakan pemain itu terhenti apabila buah yang terakhir di tangan mereka itu dimasukkan ke dalam kampung yang kosong kecuali jika ia dimasukkan ke dalam rumah. Seandainya pemain telah membuat satu pusingan dan buah itu dimasukkan ke dalam kampung pemain itu sendiri, pemain itu boleh "tembak". Tembak membolehkan pemain untuk mengambil kesemua buah yang terdapat di dalam lubang yang bertentangan tersebut. Selain itu, giliran akan berpindah ke pihak lawan jika pemain tidak mempunyai satu pun buah di mana-mana kampungnya. Setelah pusingan pertama berakhir, kampung harus diisikan lagi dengan buah congkak. Jika buah daripada salah seorang pemain itu tidak mencukupi untuk mengisi kampung, kampung itu dianggap sebagai "terbakar". Kampung itu tidak boleh diisi dengan buah, jika pemain mengisi buah ke dalamnya, buah yang diisikan oleh pemain itu akan diletakkan ke dalam rumah pihak lawan. Pada akhir permainan, pemain yang memiliki buah congkak yang terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang. Jika kedua-dua pemain mempunyai buah congkak yang sama jumlahnya, maka pemain dengan kampung terbakar akan dikira kalah.




rained @ 1:40 PG


21/07/10

Hari ini saya telah ke Sekolah Menengah Riverside untuk pertandingan menari. Saya telah membuat kesilapan ketika menari dan ia SANGAT MEMALUKAN kerana kesilapan saya itu sangat ketara. Walaubagaimanapun, saya rasa kami sudah membuat yang terbaik. Pada masa yang sama, saya tidak rasa kami mempunyai peluang untuk menang kerana sekolah-sekolah lain mempunyai lebih banyak orang berbanding dengan kami dan tarian mereka lebih cantik. Namun, kemenangan bukan segala-galanya, yang penting ialah pengalaman. Kami boleh mencuba nasib pada lain kali.

Pada saat ini, mata saya sangat berat tetapi saya sanggup bertahan kerana hendak mengemaskinikan blog ini. Tekak saya pun sangat sakit dan sekarang saya dah selsema. Badan sangat lenguh dan berasa seperti hendak memonteng sekolah. Dah lah, saya hendak tidur sebelum saya tertidur di depan komputer. Sebelum itu saya ada satu lagi rangkap pantun :
Adik tak nak makan sayur,
Lalu kepala dia mak ketuk,
Saya hendak masuk tidur,
Kerana saya sangat ngantuk.


rained @ 9:13 PG


19/07/10

Hari ini sangat menyedihkan . Kami kena marah dengan Cikgu Jariah): Kenapa? Sebab kami buat cikgu nangis. Tak laa , tidak akan! Kami tidak membuat video melayu dimana kami harus menyanyi atau memainkan gitar dan sebagainya untuk sebuah lagu bulan bahasa. Hanya seorang budak yang sangat , teramatlah rajin yang membuatnya dan dia adalah Siti Norsyafiqah Bte Mohd Rashid. Rajin kan dia ni! Okay dah.

Separuh daripada masa kelas melayu telah dibazirkan kerana Cikgu Jariah harus menyemak blog-blog kami. Jika tak silap, sebagai denda, kami ada waktu hingga hari ahad untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 5 kiriman untuk budaya melayu, 2 kiriman peribadi serta menyiapkan empat pantun empat KARAT. Taklah, itu perkataan Siti. Comel sungguh dia(: Saya rasa itu sahajalah yang dapat saya poskan pada hari ini. Sebelum itu saya akan mengakhiri pos ini dengan serangkap pantun empat kerat :

Orang pinoy kena tahan,
Lalu dimasukkan ke dalam penjara pudu,
Kami ini masih budak-budak dan selalu membuat kesalahan,
Jadi,maafkanlah kami ya Cikgu.




rained @ 10:19 PG