<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1469126537467039026?origin\x3dhttp://farah-dayana.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Farah Dayana.
Diri Saya



Farah Dayana.

Saya berumur Empat Belas tahun pada 16 Mac tahun ini. Saya menimba ilmu di Sekolah Menengah Northbrooks.

Komen lah !


Lagu-lagu


MusicPlaylistRingtones
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com


Pautan

Wanie.
Ni5a.
Azaa.
Siti
Faiez

Masa-masa lalu


Kredit-Kredit

orangeeeeyy Missyan

19/07/10



BATIK

Sebenarnya, batik berasal dari perkataan Jawa iaitu "amba" yang bermakna menulis manakala "nitik" yang bermakna titik. Batik ialah kain yang memiliki corak yang terang dan dapat memikat hati seseorang. Batik mempunyai empat jenis dan ke-empat empat jenis itu adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Tahukah anda bahawa kaedah batik ini telah dikenali lebih seribu tahun ?! Ya, dan kemungkinan besar, kaedah ini berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia bukan sahaja boleh didapati di negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria, malah ia juga boleh didapati di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Selain daripada di alam Melayu, batik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia yang lain. Ia sudah lama mencakupi negara-negara Asia Tenggara.


Saya akan menjelaskan sedikit sebanyak tentang salah satu daripada empat jenis itu , iaitu batik celup. Batik celup juga dikenali sebagai batik ikat. Langkah yang pertama,corak dan reka bentuk penerapan warna harus dirancang. Lilit yang biasanya dicampur *damar atau diikat ponjok akan digunakan untuk melindungi bahagian-bahagian yang hendak dilindung daripada bertukar warna. Ia menggunakan teknik mencorak batik dengan cara mencelupkan kain itu beberapa kali kedalam pewarna.

Bagi mengelakkan warna celupan itu dari bercampur atau menjadi selekeh, biasanya, warna batim itu akan dicelup dari warna cerah kepada warna yang lebih gelap. Untuk mendapatkan corak batik yang lengkap, proses mengikat atau melilin corak batik pada kain putih serta proses pewarnaan dengan mencelup kain ke dalam pewarna akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan.

*-- getah keras yang diambil dari beberapa jenis pokok.

Itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang batik. Terima kasih .










rained @ 7:14 PG