<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1469126537467039026?origin\x3dhttp://farah-dayana.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Farah Dayana.
Diri Saya



Farah Dayana.

Saya berumur Empat Belas tahun pada 16 Mac tahun ini. Saya menimba ilmu di Sekolah Menengah Northbrooks.

Komen lah !


Lagu-lagu


MusicPlaylistRingtones
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com


Pautan

Wanie.
Ni5a.
Azaa.
Siti
Faiez

Masa-masa lalu


Kredit-Kredit

orangeeeeyy Missyan

11/07/10

Dikir Barat Melayu.

Dikir barat adalah permainan secara berkumpulan yang boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Ia berasal dari negeri Kelantan. Ia selalu diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok juara manakala awak-awak sebagai suara latar yang mempunyai suara yang kuat dan lantang. Tukang karut dan Tok juara akan memulakan nyanyian dengan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak.

Masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan yang sering memainkan permainan ini. Bagi kutipan wang pula, persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu akan mengadakan pertandingan.

Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Dari zaman ke zaman, bentuk persembahan sering diubah maka dengan itu , perkembangannya sukar diatasi. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Konsep "Karut" itu sendiri sebenarnya datang dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun serta Dikir Syair mempunyai erti yang sama. Namun, di Kelantan ia lebih dikenali sebagai Dikir Barat manakala di Selatan Thai pula ia dikenali sebagai Dikir Karut.

Di bawah adalah video tentang Dikir Barat :














rained @ 6:05 PG